Program Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Communities) UPC

  Program Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Communities / PLC) dirancang dan dilaksanakan pada 12.9.2019 sehingga 4.10.2019 oleh kumpulan tenaga pengajar BCNB3063 secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat eksplorasi dan inkuiri untuk mencapai prestasi keberhasilan bagi pelajar PISMP yang mengikuti Kursus BCNB3063 Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca. Strategi PLC yang dipilih dalam program ini ialah …

Bengkel “Digital Tools for 21st Century Learning”

Bengkel “Digital Tools for 21st Century Learning”  yang disertai oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Bahasa adalah bertujuan untuk memantapkan lagi penggunaan alat-alat digital dalam PdPc. Setiap pensyarah dikehendaki  menghasilkan bahan PdPc berdasarkan RMK kursus masing-masing menggunakan “Kahoot”, “Google form” dan “Blendspace”. Di samping itu, mereka diberi latihan untuk membuat pautan dari MyClass Online ke platform yang mereka …

Lawatan Penandarasan ke SJK(T) Sg. Palas, Cameron Highland

Jabatan Bahasa IPG Kampus Ipoh telah membuat lawatan penandaarasan ke SJK(T) Sg. Palas, Cameron Highland pada 6 Ogos 2019. Rombongan Jabatan Bahasa telah disambut mesra oleh En. Balan A/L Periasamy, Guru Besar sekolah tersebut. Beliau telah memberi  taklimat ringkas mengenai kelas bercantum yang diamalkan di sekolahnya kerana sekolah ini dalam kategori sekolah kurang murid.

Book Club, PLC di SK Pos Raya

Jabatan Bahasa mengendalikan Book Club, PLC  pada 5 Ogos 2019 di SK Pos Raya. En. Muhamad Yusni bin Mohd. Junos adalah Penceramah untuk program PLC manakala untuk Program Book Club Dr. Kanakambal A/P Velusamy berkongsi pandangan dengan buku yang beliau telah baca tentang “Task-based Approach”.  Dr. Punetha A/P Rajagopal pula berkongsi tips cara menggunakan 5Es Model …

Program “Teacher Sharing Session”

Satu sesi perkongsian PLC yang bertajuk “The Checklist Manifesto: How to get things right,” oleh Dr. Thilagha Jagaiah dari Hartford University, USA  membincangkan kepentingan membuat  senarai dalam kehidupan harian kita. Beliau menerangkan senarai ini boleh membantu meningkatkan prestasi seseorang. Program ini juga disertai oleh pensyarah-pensyarah dari Jabatan Bahasa Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Politeknik Ungku …

Perhimpunan Jabatan Bahasa

                                         Perhimpunan Jabatan Bahasa dijalankan pada 18 Januari 2018.  Antara pengisian yang dilaksanakan ialah Ceramah Motivasi oleh Dr. Sagar berdasar cerpen beliau yang diterbitkan  di Akhbar Harian Makkal Osai dan perkongsian pengalaman Unit R2 dan R3 …