Program Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Communities) UPC

 

Program Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Communities / PLC) dirancang dan dilaksanakan pada 12.9.2019 sehingga 4.10.2019 oleh kumpulan tenaga pengajar BCNB3063 secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat eksplorasi dan inkuiri untuk mencapai prestasi keberhasilan bagi pelajar PISMP yang mengikuti Kursus BCNB3063 Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca.

Strategi PLC yang dipilih dalam program ini ialah “Lesson study” yang bertujuan mencari metod penyampaian dan sumber pendidikan
kemahiran membaca yang terbaik untuk diamalkan oleh pelajar PISMP Kursus BCNB3063. Diharapkan pelajar tersebut dapat mengintegrasikan pengetahuan dengan pengalaman yang benar. Hasil RPH yang dijana secara mendalam dengan kolaborasi bersama antara pensyarah, guru SJKC dan pelajar PISMP akan dijilidkan buku untuk disebarluas.

Sasaran program adalah untuk guru sekolah SJKC, tenaga pengajar BCNB3063 dan 33 orang siswa guru (Unit T9 dan T10). Amalan terbaik yang digunakan  dalam pelaksanaan PLC, iaitu:
1 Persediaan rancangan aktiviti PdPc Kemahiran Membaca
2 Bantuan kepakaran orang berkepentingan
3 Pelaksanaan PdPc Kemahiran Membaca Kitaran Pertama
4 Pelaksanaan PdPc Kemahiran Membaca Kitaran Kedua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *