Piagam Pelanggan Jabatan

Kami warga Jabatan Bahasa, Institut Pendidikan Guru dengan ini bertekad, beriltizam, berikrar dan berjanji memberi perkhidmatan berkualiti untuk:

  1. Menyediakan kemudahan pembelajaran dan persekitaran yang kondusif untuk memastikan proses pembelajaran yang berkesan.
  2. Menyediakan guru pelatih dengan pengetahuan yang mantap dan kompentensi generik yang bersesuaian sebagai bakal guru.
  3. Menghasilkan penyelidikan yang berimpak terhadap Pendidikan Bahasa.
  4. Memastikan dapatan penyelidikan dan inovasi menyumbang ke arah kemenjadian guru berkesan dan amalan terbaik pensyarah Jabatan Bahasa.