Aluan KJ

Dr. Ng Sook Gun

Jabatan Bahasa IPG Kampus Ipoh terdiri dari tiga unit bahasa iaitu Unit Pengajian Inggeris (bidang TESL), Unit Pengajian Cina dan Unit Pengajian Tamil. Ketiga-tiga pengajian bahasa ini merupakan ‘niche areas’ yang secara rasmi ditentukan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan ketiga-tiga unit ini telah mampu menghasilkan serta meningkatkan bilangan guru terlatih berkualiti untuk berkhidmat di sekolah kebangsaan serta sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil seluruh negara. Selain dari melatih para siswa guru bagi kursus pra-perkhidmatan sepenuh masa, Jabatan Bahasa juga terlibat melatih lepasan siswazah sebagai bakal guru seperti melalui Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) Kursus Dalam Cuti (KDC) bidang TESL dan Bahasa Cina, PDPLI Program Pelajar Cemerlang (PPC) Universiti Beijing bagi bidang Bahasa Cina yang masih berjalan sehingga tahun 2019. Sehubungan dengan itu, selaku Ketua Jabatan, mewakili warga Jabatan Bahasa IPGK Ipoh sentiasa bersedia memberi khidmat dalam melahirkan siswazah guru yang kompeten, kreatif dan inovatif serta berketerampilan dalam bidang pendidikan bahasa.